Thursday, January 28, 2010

coletehku

Saya sering melihat manusia-manusia pada zaman sekarang ini kurang memahami apa itu ISLAM.Mungkin mereka tahu.Tapi mengapa mereka tidak mengesahkan tentang ajaran ISLAM.Mereka terlampau angkuh dengan diri mereka.Mereka tahu ALLAH itu wujud.Mereka tahu NABI MUHAMAD ada menyampaikan DAKWAH.TAPIIIIII,MENGAPA MEREKA TIDAK PEDULI.Aurat,makanan,pakaian dan banyak lagi.AURATTTTTTT.Salah satu perkara yang mudah dan wajib kita amalkan.Tapi,manusia ada yang

Kucingku

Pada hari selasa,iaitu 2/11/2008 ialah hari kematian anak kucingku yang bernama abin.Saya ingin menceritakan tentang kisah suka dukanya semasa berada di rumah ini bersama tiga ekor adik-beradiknya.
Comel dikenali sebagai ibu anak kucing itu.Dia telah melahirkan empat ekor anak kucing yang sangat comel dan bulat.seekor jantan dan tiga ekor betina.keempat-empat anak kucing dilahir pada 28/9/2008.tempat pertama dilahirkan di dalam sofa yang sudah koyak.sofa itu penuh dengan habuk.
Lalu,kami menukarkan tempat mereka dibawah supaya dapat bernafas dengan baik.pernah comel melahirkan tiga ekor anak kucing.malangnya,ketiga-tiga anak kucing itu telah mati akibat udara yang kotor dan keadaan sofa yang gelap dan panas.
Sambung kepada keempat-empat anak kucing,mereka hidup dengan bahagia.apabila anak kucing itu sudah besar,saya ingin membawa ke ruang tamu untuk bermain.
Pada suatu peristiwa kami membawa anak kucing itu kedepan.secara tidak disangka-sangka seekor daripada mereka telah hilang.dia hilang pada waktu petang.sangat sedih,bulunya berwarna hitam.dia sudah rabun.badannya sangat kurus.dialah kucing yang pertama sekali membuka mata awal daripada adik-beradiknya.umurnya tidak panjang.
aya dan keluarga terus mencarinya dimana-mana tempat.yang pastinya dia sudah hilang.sudah puas kami mencarinya tetapi tidak ketemu.saya sekeluarga redlah atas kepergianya.
Sudah beberapa hari yang lalu,saya sudah ketemu tempat yang baru untuk anak kucing itu dan ibunya.saya dan kakak saya,era bercadang untuk memberi tempat kepada anak kucing itu.saya kasihan kepada emak saya kerana asyik membasuh taik kucing yang asyik berak di merata tempat.jadi,saya membersihkan tempat itu untuk tempat tinggal mereka.
Setelah siap mengemas tempat mereka,saya membawa ketiga-tiga anak kucing itu bersama-sama dengan ibu mereka.saya juga membawa tango supaya tinggal disitu.mereka sangat gembira dapat tinggal disitu.
Pada waktu tenghari,saya masih memikirkan adakah patut saya meletak anak kucing itu ditempat itu.saya pergi bertanya kepada kakak saya iaitu era yang dipanggil kak yang adakah patut saya letakkan anak kucing disitu.dia kata boleh.tetapi saya masih tidak pasti,lalu saya bertanya kepada ibu saya,dia pun kata boleh.jadi saya tak nak berfikir panjang,lalu saya biarkan anak kucing itu dengan ibunya.
Cuaca telah hingga ke malam itu,saya asyik bertanya boleh ke mereka tinggal disitu?tiada bahaya ke?pada waktu subuh,ayahku hendak keluar,tiba-tiba ayahku hanya abin,iaitu kucingku ada di sofa bersendirian.ayahku bawa dia kerumah.ayahku suruh saya pergi ketempat anak kucing itu.kedua-dua anak kucing itu tiada.saya jenuh mencarinya,tapi tiada.
Pada waktu petang,saya,adik saya,kakak saya dan abang saya terus mencari anak kucing itu.satu batang hidung pun masih tidak jumpa.saya berasa sangat lapar dan letih.jika difikirkan,kemungkinan anak kucing itu telah dimakan oleh biawak,ular ataupun kucing jantan.itulah benda yang terbayang-bayang dalam fikiran saya.tiba-tiba saya terdengar jeritan daripada abang saya bahawa dia telah mejumpai anak kucing itu.tetapi ada suatu yang mengejutkan hatiku,ia sangat menyedihkan,rupa-rupanya kedua-dua anak kucing itu telah mati.kepala anak kucing tersebut sudah tiada.badannya berlimuran dengan darah.seekor lagi buta,seekor lagi sangat comel.
Aku amat sedih sekali.hanya tinggal abin sahaja,itulah satu-satunya kucing yang tinggal.fikiranku selalu memikirkan bagaimana kejadian itu boleh berlaku sekelip mata saja.era berkata “mungkin dia dimakan oleh kucing jantan.abin itu seekor kucing yang licah bermain dan seekor kucing jantan yang amat kuat berlawan.kucing kami sudah hilang,maka kami ingin memberikan nama baru supaya kami dapat bermain sama-sama.jadi kami memberikan “harapan”kerana ialah satu-satunya harapan kami semua.